Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> 15 tahun asyik gugur rupanya janin dimakan oleh jin rumah sewa

Siapa sangka, penantian cahaya mata selama 15 tahun bakal berakhir selepas dirinya berjaya mendiami rumah sendiri yang telah siap dibina pada awal tahun lalu.

Meskipun bersyukur dengan kehadiran penyeri rumah tangganya itu, Normah dan suaminya, Rosli tetap diselubungi rasa gerun apabila memikirkan perkara yang terpaksa mereka harungi selama lebih 15 tahun.

Normah sama sekali tidak menyangka akan diselubungi kisah misteri sehingga menghalangnya dan suami memiliki zuriat sendiri.

Sepanjang tempoh itu, dia yang kini berusia 39 tahun, menganggap dirinya wanita mandul kerana setiap ikhtiar yang dilakukan untuk hamil gagal selepas beberapa kali keguguran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengimbau pengalaman mistik yang menimpanya, Normah dan suami hanya mengetahui perkara tersebut hujung tahun lepas iaitu selepas mereka bertemu dengan seorang lelaki tua yang berperwatakan alim ketika sedang bercuti di Tanjung Rhu, Langkawi, Kedah.

“Entah macam mana, ketika saya dan suami hendak pulang ke hotel dari makan malam di Tanjung Rhu, kami didatangi oleh seorang lelaki tua… kulitnya putih bersih dan dia juga memakai jubah serta serban yang berwarna putih.

“Dia menyapa kami dan tanya keadaan kami berdua walaupun baru bersua muka masa tu. Disebabkan suami saya ramah, maka mereka bersembang sehinggalah akhirnya dia meninggalkan pesan supaya cepat berpindah dari rumah yang disewa selama kira-kira 15 tahun,” ujar Normah.

Kata-kata orang tua yang dikenali sebagai Pak Man itu ternyata pelik dan menyebabkan Normah dan suaminya asyik berfikir sepanjang malam sehinggalah mereka pulang ke Pahang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pernah bertanya kepada Pak Man perihal nasihatnya itu, kata Normah, orang tua tersebut bagaimanapun enggan bercerita dengan lebih lanjut sebaliknya hanya berkata setiap yang berlaku di rumah sewa mereka adalah ‘petanda’ yang tidak baik.

Gambar hiasan

 

Normah mengakui sentiasa mengalami insiden buruk, katanya, dia tidak pernah mengendahkan perkara tersebut kerana sememangnya dia dan suami tidak mempercayai perkara mistik seperti hantu, sihir dan sebagainya.

“Memang saya sentiasa ‘dikacau’ lembaga hitam… kadang-kadang dia menjelma di sebelah saya semasa sedang berbaring di dalam bilik.

“Tapi saya bukan jenis ambil peduli dan takut dengan penampakan seperti itu, lagipun dia tidak mengganggu dan mungkin muncul untuk memberitahu keberadaan di rumah sewa tu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pernah juga ceritakan pada suami, tapi dia pun kata perkara yang sama… lembaga hitam tu tak mengganggu jadi tak perlu takut,” ceritanya yang turut pernah ditindih lembaga hitam itu.

Apa yang peliknya adalah, Normah sahaja yang dapat melihat lembaga hitam berkenaan sedangkan suaminya langsung tidak merasakan apa-apa.

Bahkan sepanjang tempoh dia mendiami rumah tersebut, lembaga hitam yang dilihat itu seolah-olah ‘penjaga’ kepada dirinya.

Bercerita dengan lebih lanjut, katanya yang bekerja di sebuah syarikat percetakan di Raub, disebabkan rasa ingin tahu tentang pesanan Pak Man, suaminya menceritakan perihal tersebut kepada beberapa rakan rapat sehinggalah dia dikenalkan dengan seorang ustaz.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selepas bertemu dengan ustaz dan memaklumkan tentang pertemuan dengan Pak Man serta nasihat yang diberikan itu, ustaz terbabit ingin melihat rumahnya.

Bagaimanapun, seperti ada yang menghalang ustaz daripada datang ke rumah Normah.

Setiap kali ustaz rancang untuk datang, pastinya akan berlaku insiden yang tidak disangka dan paling teruk adalah suaminya terlibat dalam kemalangan.

“Kalau tengok keadaan kereta dan tiang elektrik yang patah, mesti sukar nak percaya yang Rosli masih hidup. Tapi itulah yang terjadi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sehingga akhirnya, ustaz tiba-tiba muncul bersama rakan sekerja suami di hadapan rumah. Memang saya dan suami betul-betul terkejut sebab ketika itu tiada siapa yang memaklumkan akan datang… lagipun keadaan suami kurang sihat selepas kemalangan dan masih dalam tempoh cuti sakit,” ujar Normah.

Selepas beberapa ketika ustaz berjalan sekeliling rumah di dalam dan luar, dia akhirnya duduk di hadapan suami sambil mengiyakan kata-kata Pak Man.

“Kata ustaz, rumah sewa yang saya duduki itu telah disihir oleh tuannya sendiri. Meskipun bukan bertujuan untuk membinasakan penghuni, tetapi antara perjanjian adalah setiap janin akan menjadi ‘makanan’ kepada lembaga hitam tersebut.

“Menurut ustaz lagi, tuan rumah berbuat demikian kerana itu adalah salah satu cara untuk dia melepaskan ‘belaan’ yang telah bersama keluarganya sejak empat generasi lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Disebabkan itulah, saya gugur beberapa kali sehingga akhirnya tidak dapat hamil. Ustaz juga menyatakan yang lembaga hitam tersebut ‘meminati’ saya dan kerana itulah saya tidak diganggu dengan perkara yang menakutkan.

“Ustaz juga ada menyatakan yang lembaga hitam mahu berdampingan kerana telah bersama selama berbelas tahun,” kata Normah yang turut dinasihatkan supaya berpindah dengan segera bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Bak kata ustaz, lembaga hitam tersebut tidak senang akan kehadirannya dan berkemungkinan akan membuat kacau kepada Normah mahupun suami jika mereka berterusan tinggal di situ.

Malah tidak disangka, selepas hampir sebulan kedatangan ustaz ke rumah sewa tersebut, rumah yang dibina sikit demi sedikit akhirnya siap dan mereka segera berpindah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambah Normah, sejak dia pindah keluar, rumah sewa berkenaan kelihatan usang dan suram seperti telah bertahun ditinggalkan tidak berpenghuni.

Tuan rumah juga turut memohon maaf kerana tidak memaklumkan perkara sebegitu terlebih dahulu.

 

Sumber: mStar

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...