Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Youtuber miliki dadah didenda RM2,500

Petaling Jaya: Youtuber, Noel Faizal telah didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memiliki dadah di kawasan parkir sebuah kondominium di sini, tiga bulan lalu.

Majistret Muhammad Iskandar Zainol telah menjatuhkan hukuman itu selepas Noel Faizal Firdaus Muhamad yang berusia 40 tahun, mengaku bersalah di atas tuduhan berkenaan.

Mahkamah juga mengarahkan supaya tertuduh dipenjara selama dua bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan pindaan, dia didakwa ada dalam kawalannya dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 0.68 gram di tempat letak kereta sebuah kondominium di Damansara Perdana di sini, pada jam 2.15 pagi, 21 Mac lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 1980) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Dalam prosiding, tertuduh yang tidak diwakili oleh mana-mana peguam, merayu supaya dikenakan hukuman yang ringan.

Bagaimanapun, Loh Xian Yee selaku Timbalan Pendakwa Raya mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman yang setimpal. Hal ini kerana perlu mengambil kira kepentingan awam dan kekerapan kes dadah terutamanya di daerah ini.

Sumber: HMetro
Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...