Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Lembaga ‘berbunjut’ di kepala ‘tumpang’ rider balik tengah malam

Sejak bekerja sebagai penghantar makanan pada dua tahun lalu, Hasnan selalu pulang lewat malam ke rumah yang terletak di Jenjarom, Selangor.

Memandangkan dia bakal menamatkan zaman bujangnya tiga bulan lagi, semakin bertambah kerap dia pulang lewat malam demi mencukupkan baki wang hantaran yang masih berbaki.

“Lepas tamat belajar diploma dulu saya terus jadi rider. Masa tu memang tak beringat langsung. Saya berbelanja sampai tak rasa nak buat simpanan. Duit banyak habis ‘make-up’ motor saja.

“Bulan lepas, awek (kekasih) ajak bertunang dan kahwin. Katanya dah tiga tahun bercinta, tak kan nak terus macam ni je. Katanya kalau tak serius, dia nak cari lain. Jadi saya pun gelabahlah lepas kena ugut. Terus pulun cari duit!

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Jujur memang penat sangat cari duit ni. Hari Ahad saja saya cuti untuk berehat. Nak cari RM8,000 untuk wang hantaran dalam masa terdekat ni memang penat betul rasa,” ujar Hasnan.

Gambar hiasan

Namun sejak kejadian pada malam Jumaat baru-baru ini, Hasnan serik untuk bekerja sehingga larut malam lagi apabila dia ‘dikacau’ oleh makhluk halus.

Mana tidaknya, entiti tersebut ‘mengusik’ Hasnan sewaktu dia dalam perjalanan pulang ke rumah kira-kira pukul 2 pagi.

Pada mulanya Hasnan sedikit pun tidak berasa takut untuk balik ke rumah yang terletak kira-kira 50 kilometer dari Cheras.

“Saya sudah biasa balik ke rumah pada waktu dinihari. Malam tu saya memang rasa lesu sangat. Maklumlah dari pagi tak berhenti bekerja. Berehat pun jamah roti saja sebungkus lepas tu teruskan cari duit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dalam kepala masa tu memang nak balik tidur saja. Tapi sebaik melalui kawasan gelap yang tak ada lampu jalan, tiba-tiba motor terasa berat dan enjin macam nak mati.

“Kenapa pula motosikal ini tiba-tiba buat hal. Tadi elok saja. Minyak habiskah atau tayar pancit?” Hasnan menyoal diri sendiri tanpa mengesyaki sebarang perkara lain.

Sedang asyik mengomel sendirian, tiba-tiba Hasnan terpandang ke arah cermin sisi dan pada ketika itu semangat lelakinya sedikit tercabar.

Daripada cermin itu, Hasnan ternampak ada pocong duduk membonceng di belakang dengan wajah gelap yang jaraknya tidak sampai sejengkal daripadanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketika itu, Hasnan hanya mampu membaca ayat suci al-Quran dan bersungguh-sungguh memulas minyak motosikalnya.

“Masa nampak tu saya dah menggigil-gigil ketakutan. Rasa macam semua darah naik dekat kepala. Jantung memang berdegup kencang macam nak pecah.

“Terkumat-kamit mulut baca surah yang saya hafal. Masa tu dah tunggang terbalik bacaan tapi saya tetap baca kuat-kuat. Janji dia turun motor dan jangan ganggu saya,” imbas Hasnan.

Namun begitu, usaha hasnan tidak juga berjaya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Jangan kacaulah! Aku penat ni cari duit kahwin. Aku tak ada pun apa yang kau nak,” kata Hasnan yang cuba untuk menghalau pocong tersebut.

Hanya selepas melepasi kawasan gelap itu selama hampir lima minit, barulah motosikal ditunggang kembali bergerak laju seperti awalnya.

Bagaimanapun Hasnan langsung tidak menoleh ke belakang dan terus memecut sehingga sampai di rumah.

Setibanya dia di rumah, Hasnan cuba menenangkan diri dan mengumpul kekuatan selepas melalui pengalaman ngeri seperti itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Gambar hiasan

Berikutan itu, hasrat Hasnan untuk bekerja sehingga larut malam tidak lagi diteruskan.

“Ini bukan pertama kali diusik pocong kalau jalan kawasan tu. Sebelum ni ada beberapa orang pernah diganggu tetapi tidak sampai menunjukkan rupa seperti yang berlaku kepada saya.

“Saya pernah dengar kisah ada orang kemalangan sampai meninggal dekat kawasan tu. Tapi cerita tu sudah lama. Kata mereka jari telunjuk kiri mangsa terputus dan ahli keluarga tak jumpa cari.

“Mereka teruskan saja pengebumian tu tanpa jasad mayat yang ‘sempurna’. Mungkin gangguan pocong di kawasan itu ada kaitan dengan mayat berkenaan,” kata Hasnan lagi.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: mStar

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...