Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Dua nenek rugi RM10,000, Ditipu ‘orang’ menteri

KUALA SELANGOR: Dua orang ibu tunggal warga emas mengalami kerugian lebih daripada RM10,000 selepas diperdaya oleh seorang lelaki yang melarikan barang kemas mereka dengan menyamar sebagai ‘orang’ menteri.

Nasib malang itu menimpa Shaidah Hamid, 71, dan Saamah Basri, 72, yang didatangi suspek kononnya diarah untuk menguruskan bantuan kebajikan di Batu 8 Kampung Asahan 16 Jun lalu.

Menurut Shaidah Hamid, dia sedang berehat di luar rumahnya. Kemudiannya, dia ditegur oleh lelaki yang tidak dikenali berusia lingkungan 30-an yang memandu kereta Perodua Alza, kira-kira pada pukul 11 pagi.

“Lelaki itu kemudiannya mengaku sebagai ‘orang’ kepada seorang menteri dan mahu menguruskan bantuan makanan dan wang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tanpa mengesyaki apa-apa, saya kemudian menaiki keretanya menuju ke rumah Saamah yang juga jiran kira-kira 100 meter bagi tujuan yang sama,” kata Shaidah ketika ditemui di kediamannya.

Jelas nenek kepada 30 orang cicit itu, mereka kemudian dibawa ke pekan Bestari Jaya yang didakwa merupakan ‘pejabat’ menteri tersebut.

“Setibanya di parkir kawasan itu, lelaki berkenaan meminta supaya memberikan kesemua barang kemas kononnya bagi proses timbangan nilai zakat yang bakal diperoleh.

“Saya yang tidak berfikir panjang menyerahkan satu gelang tangan dan dua cincin serta kad pengenalan,” ujar Shaidah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambah Shaidah lagi, dia bersama Saamah yang turut menyerahkan satu gelang tangan dan cincin kemudian diminta menunggu di sebuah restoran berdekatan.

“Namun, kami mula curiga kerana lelaki itu masih tidak muncul selepas lebih sejam dan mendapati keretanya sudah tiada di situ.

“Saya amat terkejut dan segera menghubungi ahli keluarga untuk mengambil kami yang tiada sesen wang pun ketika itu,” katanya yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada hari yang sama.

Bagi Saamah yang juga nenek kepada 32 orang cucu, dia bersyukur mereka terselamat dan tidak diapa-apakan oleh lelaki tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Apa yang penting adalah nyawa kami dan mujur kami tidak ditinggalkan di hutan atau kawasan lain.

“Saya berharap orang ramai berwaspada bagi mengelak menjadi mangsa suspek yang licik dan pandai berkata-kata itu,” katanya.

Sementara itu, Superintendan Ramli Kasa selaku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan berkata lelaki berkenaan ditahan pihaknya kira-kira pada pukul 4 petang semalam.

Siasatan lanjut masih lagi dijalankan oleh pihak polis mengikut Seksyen 404 Kanun Keseksaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Sumber: Kosmo

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...