Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Kelibat tanpa kepala dirakam di puncak gunung

Lembaga itu berdiri di sebelah pendaki lain yang sedang bergambar di puncak gunung.

JAKARTA: Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan susuk tubuh seorang lelaki tanpa kepala dirakam di puncak Gunung Welirang, wilayah Jawa Timur.

Gunung Welirang merupakan gunung berapi yang aktif dengan ketinggian 3,156 meter dari aras laut yang terletak di Mojokerto.

Dalam video yang dikongsi di laman Instagram @fakta.suroboyo, sekumpulan lelaki dilihat sedang berdiri di puncak Welirang  yang ketika itu sedang berkabus, dengan masing-masing merakam pemandangan di sekitarnya.

Namun begitu, netizen terkejut apabila melihat bahagian awal video itu memaparkan kelibat seorang lelaki berbaju lengan pendek yang berwarna gelap sekali gus berbeza dengan pendaki lain yang memakai pakaian tebal kerana kabus yang tebal dan angin yang kuat.

Lelaki itu turut dilihat seperti sedang memegang sesuatu di tangannya dipercayai telefon bimbit dan berdiri berdekatan pendaki lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lebih menyeramkan lagi adalah susuk tubuh itu dilihat tidak mempunyai kepala, malah ia berdiri berhampiran pendaki lain serta menghala ke arah kamera yang sedang merakam.

Reaksi kumpulan pendaki tersebut juga menunjukkan seolah-olah mereka tidak menyedari kehadiran lembaga itu.

Rata-rata netizen berpendapat, sekiranya lelaki itu menundukkan kepalanya, pasti ia boleh dilihat kerana keadaannya yang menghala ke arah kamera.

“Kalau menunduk, kenapa kepalanya tidak kelihatan kerana badannya menghala ke arah kamera?” soal seorang netizen.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, terdapat juga yang percaya bahawa susuk itu ialah manusia sebenar yang sedang menundukkan kepalanya. Menurut mereka, kepala lelaki itu tidak kelihatan kerana keadaan puncak gunung yang berkabus terlalu tebal.

 

Sumber: Kosmo, Buzzkini

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...