JAKARTA: Seorang lelaki yang merupakan penumpang kepada syarikat penerbangan Garuda Indonesia telah mengesan sebuah layang-layang yang tersangkut pada sayap pesawat yang dinaikinya. Dia kemudian lantas mencapai telefon bimbitnya lalu merekodkan kejadian itu.
Video kejadian itu telah dimuat naik oleh penumpang yang bernama Ricky Suhendar dalam akaun TikToknya baru-baru ini.
Menurut Ricky Suhendar, kejadian itu berlaku pada Khamis lalu dalam penerbangan GA 114 dari Jakarta ke Palembang.
Selepas melihat layang-layang itu, Ricky segera memaklumkannya kepada pramugari tetapi dia tidak segera memaklumkannya kepada juruterbang.
Mereka bernasib baik apabila ada seorang pegawai di landasan memberikan isyarat kepada juruterbang dengan melambai dan menyilangkan tangannya sebagai tanda amaran.
Juruterbang kemudian membuat keputusan untuk menangguhkan penerbangan supaya masalah itu diselesaikan segera.
Sumber: Kosmo, Tiktok
