Seorang kanak-kanak perempuan yang baru berusia sembilan tahun mahu menukar alat sulit yang lain. Hal ini kerana dia trauma dengan apa yang telah terjadi kepada dirinya.
Dia berkeinginan untuk menukar jantina kepada lelaki selepas dirinya menjadi mangsa rogol.
Dia yang trauma itu sebenarnya telah diperkosa oleh seorang warga emas sebanyak lima kali. Dia ada mengatakan bahawa ingin membuat pembedahan supaya berubah menjadi kemaluan lelaki.
Mangsa juga didapati telah mengubah penampilannya menyerupai lelaki malah potongan rambut juga seperti seorang lelaki.
Walaupun trauma selepas dirogol, mangsa masih lagi bersekolah seperti biasa dan pendidikannya tidak tergganggu buat masa ini.
Kejadian yang dialami oleh mangsa ini baru sahaja didedahkan baru-baru ini selepas diceritakan kepada seorang rakannya ketika sedang bermain.
Pendedahan tersebut kemudian disampaikan kepada keluarga rakannya itu sebelum dimaklumkan kembali kepada ibu mangsa.
Mangsa selama ini rupanya tidak tinggal bersama ibunya di Pinang Ranti, sebaliknya tinggal bersama neneknya kerana jarak sekolah yang berdekatan.
Selepas bertemu, pelaku mengaku telah merogol kanak-kanak itu sebanyak lima kali. Percubannya untuk merogol untuk kali keenam gagal apabila kehadirannya bersama mangsa di sebuah gudang telah disedari oleh individu lain yang turut berada di situ.
Ibu mangsa kemudian segera membuat laporan polis. Mangsa, si pelaku termasuk beberapa orang saksi turut dipanggil untuk memberikan keterangan dan membantu siasatan.
Sumber: mstar
