Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Wanita leka bermain papan Ouija, Terlihat hantu

Seorang wanita telah mendedahkan bahawa dia menghadapi kesukaran untuk tidur selepas bermain papan Ouija bagi memanggil makhluk halus bersama ahli kumpulannya yang lain. Dia hanya bermain papan itu bagi memastikan sama ada permainan itu benar ataupun tidak. Namun begitu, niatnya bermain papan tersebut tidak seperti yang disangkakan kerana terlihat lembaga hantu.

Wanita tersebut yang sedang berada di hotel pada ketika itu bahkan berjaya merakamkan imej lembaga menakutkan tersebut dengan sebahagian badannya yang sedang bersandar pada dinding hotel yang didiaminya.

Pengurus bank yang berusia 49 tahun itu berkata bahawa gambar tersebut dirakam ketika semua ahli pemain papan itu tertumpu di bilik tidur tingkat empat hotel yang dianggap berhantu itu.

Walaupun tidak melihat apa-apa dengan matanya sendiri, dia berasa terkejut  apabila melihat gambar itu semula.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambahnya lagi, ahli kumpulan lain merasakan bahawa laluan di hotel tersebut menjadi sejuk sejurus sebelum dia merakamkan gambar itu, malah mereka melihat seperti ada cahaya yang sedang berkelip berkemungkinan datangnya dari lembaga misteri tersebut.

“Anda boleh melihat dia mempunyai satu kaki jika anda terus melihatnya dan selebihnya kelihatan agak berbayang. Ia kelihatan seperti seseorang yang bersandar di dinding,” kata rakan wanita itu.

 

Sumber: Kosmo

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...