Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Melancong ke Genting Highlands, Rogol wanita tempatan

Seorang lelaki warga asing telah ditahan kerana dipercayai merogol seorang wanita tempatan berusia 20 tahun di sebuah hotel di Genting Highlands.
Superintendan Zaiham Mohd Kahar selaku Ketua Polis Daerah Bentong berkata, suspek berusia 41 tahun itu ditahan susulan laporan polis yang dibuat oleh mangsa pada jam 9 pagi, hari yang sama kejadian berlaku.

“Kejadian dipercayai berlaku pada Isnin, sekitar jam 5.20 pagi, semasa mangsa berjalan pulang ke bilik sewa rakannya.

“Mangsa telah dipanggil oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya untuk bertanyakan tentang kemudahan yang disediakan oleh pihak hotel,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, suspek kemudiannya mengajak mangsa untuk tidur bersama namun pelawaan tersebut ditolak oleh mangsa.
“Suspek kemudian bertindak menarik tangan mangsa secara paksaan dan membawa mangsa masuk ke biliknya dan merogol mangsa.
“Hasil siasatan lanjut mendapati suspek adalah warga asing yang datang ke Malaysia atas tujuan melancong,” jelasnya lagi.
Ujarnya lagi, bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong telah berjaya menahan suspek pada jam 1 tengah hari, pada hari yang sama, di lokasi berhampiran hotel untuk tindakan selanjutnya.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu merogol. Sekiranya didapati bersalah boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang dari lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebat tidak kurang dari 10 sebatan.
Suspek telah ditahan reman selama tujuh hari sehingga 19 Jun untuk membantu siasatan.
Superintendan Zaiham Mohd Kahar menasihati orang ramai khususnya golongan wanita agar sentiasa berhati-hati dan menjaga keselamatan diri bagi mengelakkan dari sebarang perkara tidak diingini berlaku.
Sumber: Astro Awani
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...