Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Gadai emas demi bantu suami untuk…

Niat seorang wanita  sangat murni kerana ingin membantu suami menjaga dan menguruskan lembu hibrid.  Rosnani Abd. Ghani, 51 telah melibatkan diri dalam bidang penternakan lembu hibrid bermula pada tahun 2004 sehingga kini.

Menceritakan saat mula bergiat dalam bidang itu, Rosnani memberitahu ketika itu suaminya, Ismail Hamzah, 72 tidak sempat menguruskan lembu hibrid dibelinya kerana sibuk dengan kerja sebagai seorang pemandu lori treler.

Berikutan minat yang timbul semakin mendalam, dia bertekad menghantar barang kemas miliknya ke kedai pajak gadai yang berhampiran demi menyediakan modal untuk memulakan usaha penternakan lembu hibrid bersama suami.

Menurut Rosnaini, dia berasal dari keluarga susah dan cuma beruntung kerana semasa memulakan penternakan dahulu harga lembu masih lagi rendah oleh sebab baru lagi diperkenal malah agak kurang mendapat sambutan daripada orang ramai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia bagaimanapun bermula dengan hanya seekor lembu, lama-kelamaan semakin berkembang sehingga mampu membina kehidupannya seperti yang sekarang.

Rosnani berkata, sebelum ini dia ada memelihara empat lembu hibrid dan telah dijual pada tahun lepas bagi tujuan membina rumah baharu sebelum kelompok baharu dibeli untuk stok musim Hari Raya Aidiladha. Kelompok untuk musim Hari Raya Aidilfitri terdiri daripada dua ekor lembu hibrid untuk dibela bersama tiga ekor lembu hibrid untuk tujuan korban.

“Kos bulanan yang diperuntukkan untuk penternakan lembu hibrid ini dianggarkan mencecah sebanyak RM2,000 hingga RM3,000 dan boleh dikatakan ia mendapat sambutan berbaloi,” katanya.

Katanya lagi, dia pernah menjual seekor lembu hibrid yang hamil lapan bulan dengan harga RM48,000 kepada seorang pembeli selepas tiga bulan memeliharanya. Lembu tersebut telah dibeli di Tok Bali, Pasir Puteh dengan harga RM27,000. Pada awalnya, dia tiada niat untuk menjual namun pembeli tetap berkeras makan terjual dengan harga RM20, 000 di mana sebenarnya harga awal adalah RM50,000 tetapi diberikan diskaun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rosnani turut menyokong hasrat kerajaan negeri untuk memperluaskan inisiatif penternakan lembu hibrid dan mengesyorkan golongan muda menyertainya kerana ia mampu menjana keuntungan yang lumayan.

“Ia memang sesuai diceburi oleh anak muda malah anak saya sendiri, Nur Sharina Ismail, 20 turut saya galak dan latih untuk berjinak-jinak dalam penternakan lembu hibrid.

“Saya sudah 18 tahun melibatkan diri dalam bidang ini. Saya boleh ceritakan malah boleh menunjukkan bukti hasil keuntungan yang telah diperoleh,” katanya lagi.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Utusan Malaysia

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...