Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Simpan dadah, inap desa diserbu polis

ALOR SETAR: Dua lelaki menyewa sebuah inap desa bagi dijadikan lokasi transit menyimpan dadah telah terbongkar.  Taktik kotor mereka gagal selepas ditahan pihak berkuasa bersama syabu seberat 18.6 kilogram di Kampung Sungai Jagung dekat Sungai Petani.

Datuk Fisol Salleh selaku Ketua Polis Kedah ada mengatakan bahawa tangkapan terhadap dua lelaki itu telah dibuat kira-kira pada pukul 11.55 malam kelmarin oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.

Ketika diserbu, kedua-dua lelaki tersebut sedang asyik mengeluarkan sebuah kotak dari tempat menyimpan barang sebuah kereta jenis Honda City di pekarangan inap desa tersebut.

Nilai keseluruhan dadah yang disimpan oleh mereka dianggarkan sebanyak RM671,220. Pihak polis turut merampas dua jenis kereta iaitu Honda City dan Perodua Bezza. Pihak polis juga turut merampas wang tunai berjumlah RM500.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kumpulan tersebut telah mula aktif dalam kegiatan terbabit sejak Januari lalu dan dadah yang dirampas itu adalah untuk pasaran tempatan di negeri ini.

Datuk Fisol Salleh juga ada mengatakan bahawa kesemua dadah itu dipercayai dibawa dari negara jiran dan sekiranya terlepas ke pasaran, dadah tersebut akan dapat digunakan oleh kira-kira 40,000 orang penagih.

Kedua-dua orang lelaki itu berusia 34 dan 35 tahun. Seorang daripadanya berasal dari Kedah manakala seorang lagi dari Kuala Lumpur. Ujian urin yang dijalankan mendapati kedua-duanya positif syabu dan memiliki rekod jenayah lampau.

Mereka berdua direman selama tujuh hari dan pihak polis akan menjalankan siasatan lanjut untuk tindakan seterusnya termasuk mengesan mana-mana individu yang mungkin turut terlibat dalam kegiatan yang sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Sumber: Kosmo

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...