Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Padah rakam aksi buang air, Lelaki ‘lembut’ didenda

Gambar sekadar hiasan

 

KUCHING: Seorang lelaki ‘lembut’ atau homoseksual didenda sebanyak RM2,500 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret kerana didapati telah merakam video seorang remaja lelaki sedang membuang air besar.

Hukuman denda tersebut telah dijatuhkan oleh Majistret Zaiton Anuar selepas tertuduh Raychai Darak yang berusia 29 tahun mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, Raychai Darak didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira pada pukul 1.19 petang bertarikh 12 Jun.

Berdasarkan fakta kes, mangsa berusia 19 tahun dan merupakan seorang penuntut di sebuah institusi kemahiran. Ketika dia sedang membuang air besar di dalam tandas di sebuah pusat beli-belah dan dia mendapati ada satu tangan yang sedang memegang telefon bimbit mengambil gambar atau merakam videonya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia kemudian dengan segera keluar daripada tandas itu. Secara kebetulan, dia berjumpa dengan pengawal keselamatan yang berada di tandas berkenaan lalu memaklumkan tentang kejadian terbabit. Pengawal keselamatan itu terus menahan tertuduh serta melaporkan kepada polis.

Hasil siasatan mendapati bahawa tertuduh merupakan seorang lelaki lembut, mengaku bersalah kerana merakam video terbabit dan dikatakan berminat dengan kaum sejenis. Dia turut menyerahkan sendiri telefon bimbitnya itu sebagai bahan bukti kejadian kepada pihak polis.

Pendakwaan kes tersebut telah dikendalikan oleh Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang selaku  Pegawai Pendakwa  manakala tertuduh tidak diwakili oleh mana-mana peguam sama sekali.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...