(TAKZIAH) Cucu Jalil Hamid Meninggal Dunia Ketika Penggambaran Bisik Pada Langit

silakan share

Filem Bisik Pada langit nampaknya santapan yang terbaik setakat ini. Bukan sekadar lakon layarnya malah persembahan lakonan para pemain watak utama dapat dibanggakan.

Menerusi satu entri di akaun Facebook milik Beto Kusyairy, dia ada menulis mengenai watak utama filem tersebut, iaitu Jalil Hamid.

Menurut Beto, sekiranya orang ramai bertanya kepadanya, siapa yang sepatutnya memainkan peranan sebagai bapa dalam  filem Bisik Pada Langit, jawapannya masih sama iaitu Jalil Hamid.

 “Saya masih ingat lagi apabila dia mendapat berita yang menyedihkan mengenai cucunya semasa penggambaran bersama Ummi di tepi pantai.Sememangnya dia berasa terkesan dengan pemergian cucunya itu.

 

 “Lebih menyayat hati, cucunya datang ke set penggambaraan hanya bertemu dengan atuknya. Ketika cucunya tiba Abang Jalil sedang bersiap untuk melakukan scene green screen (jatuh dari pokok kelapa). Dia sangat gembira melihat atuknya. tapi keesokan harinya, Tuhan membawanya pergi.” 

 

“Bayangkan.. bayangkan Tuhan punya kuasa. Kami terpaksa berehat untuk menghormati dan membiarkan Abang Jalil menyelesaikan perkara-perkara yang perlu dilakukan dan meneruskan beberapa hari kemudian,” tulisnya di Facebook. 

Tentu sekali, Jalil Hamid berada di kedudukan paling teratas mencarik-carik emosi penonton. Hati sesiapa pun akan mudah tersentuh melihat penjiwaan Jalil yang terlalu dekat dengan karakter seorang ayah.

Namun, apa yang paling utama dalam naskhah arahan Kabir Bhatia ini ialah nilai kekeluargaan yang ditonjolkan, sekali gus melekat di jiwa penonton.

Dalam pada itu juga, dia juga mengajak peminatnya dan seluruh rakyat Malaysia dapat memberikan sokongan dengan menonton filem hebat lakonan Jalil Hamid ini terutamanya.

”Abg Jalil Hamid, semoga Tuhan merahmati abang. Ini adalah satu penghormatan dapat berlakon bersama dengan abang. Alhamdulillah. Dan semua, sila tonton filem ini di pawagam. Kisah dan prestasi Abang Jalil ini perlu dikongsi serta dilihat. Cuba dan pasti tidak akan menyesal,” tulis Beto lagi. 

Dalam pada itu, Beto sempat mengucapkan takziah buat cucu Jalil Hamid, Allahyarham Muhammad Thaqif. Al- Fatihah.

Kekuatan filem itu turut disokong oleh lakonan Beto Kusyairy, Naim Daniel, Ummi Nazeera, Fadilah Mansor dan Erwin Dawson.

 

 

 

 

Sumber: Media Hiburan

 

ARTIKEL BERKAITAN: Ini Perkara Yang Berlaku Disebalik Tabir Filem Bisik Pada Langit

Ini Perkara Yang Berlaku Disebalik Tabir Filem Bisik Pada Langit

Filem terbaru karya pengarah hebat Kabir Bhatia, Bisik Pada Langit bakal menemui penonton pada 21 September ini.

Bisik Pada Langit (BPL) merupakan sebuah naskah air mata yang mengangkat kisah agung seorang ayah terhadap puteri kesayangannya.

Dibarisi pelakon hebat seperti Jalil Hamid, Ummi Nazeera, Beto Kusyairy, Datin Fadilah Mansor, Na’im Daniel dan Erwin Dawson ini bakal membuatkan jiwa penonton terusik dengan emosi yang dibawakan oleh watak lakonan mereka.

Buktinya, klik sahaja pada hashtag #BisikPadaLangit #WhySoSad dan #MataMasukHabuk di laman Instagram pastinya terdapat banyak foto dan juga video penonton yang rata-ratanya gagal mengawal perasaan sehingga menangis teresak-esak.

Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, sudah pasti pelbagai dugaan terpaksa ditempuhi oleh para pelakon dan juga kru produksi sewaktu proses pembikinan filem BPL.

Di sini kami kongsikan lima perkara yang berlaku disebalik tabir pembikinan BPL:

1.Antara filem paling mencabar buat Ummi Nazeera kerana mempunyai babak meninggal dunia yang memerlukan dirinya dikafankan.

2.Untuk melakonkan babak tersebut, Ummi terpaksa mengambil masa untuk menenangkan diri dan  mengawal mindanya supaya terus fokus sepanjang babak dikafankan kerana dia mempunyai klaustrofobia iaitu takut pada ruang yang sempit dan tertutup.

3.Ummi mendedahkan Jalil Hamid memberikan tips dan tunjuk ajar kepadanya untuk melakonkan babak meninggal dunia supaya nampak ‘hidup’.

“Bukan senang untuk melakonkan watak meninggal dunia, walaupun pejam mata secara tidak langsung bebola mata pasti akan kelihatan bergerak-gerak.

“Bagaimanapun Uncle Jalil memberikan tips untuk membantu saya, katanya untuk menampakkan babak tersebut ‘real’, saya perlu menutup mata sambil menjulingkannya, ternyata cara itu memang berkesan,” jelas Ummi.

4.Sewaktu melakonkan babak bersama Jalil Hamid, Beto telah mengalami sakit mata dan matanya juga kemerah-merahan. Babak yang dimaksudkan adalah ketika Zaidi (Beto) membawa kereta untuk menemani bapanya (Jalil Hamid) membuat passport.

5.Sewaktu penggambaran BPL, Jalil Hamid menerima berita sedih bahawa cucunya telah meninggal dunia.

6.Jalil Hamid akui ketika melakonkan babak bersama Ummi ditepi pantai, sememangnya dia berasa terkesan dengan pemergian cucunya itu.

Teks oleh: Mya Amri via gempak.com

silakan share

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *