ENAM SEKELUARGA TERPAKSA TINGGAL BAWAH JEJAMBAT LEBUHRAYA MRR2 DI PANDAN PERDANA

Pasangan suami isteri ini bersama empat anak mereka sudah tinggal di bawah jejambat MRR2 laluan Pandan Perdana dengan berbekalkan sebuah khemah, dapur memasak dan beberapa barang peribadi serta keperluan asas sejak dua bulan lalu.

Menurut si bapa, Jeffry Husin, 41, kerana gagal membayar tunggakan sewa rumah di flat kos rendah kawasan itu, mereka sekeluarga telah diusir. Keluarga berkenaan akan memasak dan makan di bawah jejambat itu setiap hari.

Sumber: Facebook
Sumber: The Star

Kecederaan yang dialami pada tulang belakang selepas berlaku kemalangan pada tahun 2006 menyebabkan tangannya lemah di bahagian kiri.

Disebabkan itu, Jeffry terpaksa berhenti kerja sebagai pengawal keselamatansetahun yang lalu. Semenjak itu, Jeffry tidak mempunyai pekerjaan tetap dan ada kalanya dia mendapat wang hasil dari menjual barangan terpakai.

Sebelum dihalau keluar oleh tuan rumah itu, Jeffry bersama isterinya, Siti Nor Sazila Zakaria, 30, dan empat orang anak mereka berusia dalam lingkungan 9 bulan hingga lapan tahun sudah menyewa rumah tersebut sejak 11 tahun lalu.

Dia yang masih perlu ke hospital mendapatkan rawatan mempunyai masalah untuk membayar sewa rumah memandangkan setiap minggu perlu membayar kos rawatan terapi.

Bayaran sewa rumah saya tertunggak, jadi saya mahu bayar RM200 dahulu tetapi tuan rumah enggan menerimanya.

Saya hanya mampu bayar separuh duit kos rawatan di hospital dan masih perlukan wang sebanyak RM150 seminggu untuk kos ubat serta rawatan terapi.”

Menurutnya, sebelum diusir dari rumah sewa itu, setiap hari tuan rumah akan datang dan menjerit-jerit memanggil nama mereka. Kini, mereka sekeluarga terpaksa tinggal di bawah jejambat dengan persekitaran tidak bersih menyebabkan anak bongsunya kerap demam.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Demi keselamatan dan menjaga kesihatan anak-anaknya, Jeffry akan menghantar mereka ke rumah kakaknya untuk menumpang tidur pada waktu malam.

Namun, difahamkan, keluarga itu telah menerima bantuan wang serta barangan keperluan dari wakil rakyat kawasan tersebut. Malah, wakil rakyat itu juga dikatakan telah menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mencari rumah buat keluarga Jeffry.

Pihak Zakat Selangor yang mendapat berita tentang keluarga ini dilaporkan telah membantu Jeffry membayar deposit sewa serta bantuan sewa rumah bulanan sementara mendapat pekerjaan. Zakat Selangor turut memberi bantuan pendidikan untuk empat anaknya.

Sumber: Facebook

Seorang netizen yang baik hati dikatakan turut memberi sumbangan selain menawarkan pekerjaan kepada Jeffry sebaik sahaja mereka tinggal di rumah baru itu nanti.

Diharap lebih ramai keluarga kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan diberi bantuan seperti ini.

 

Sumber: lobakmerah

ARTIKEL TRENDING:  930 Malam Terima Panggilan Kemalangan Di Cameron Highland. Sampai Tempat Kejadian TERKEJUT Bila Dapati…

Ikuti luahan seorang (FB Nur Shahirah (LINK)).

TERIMA PANGGILAN KECEMASAN LORI TERBALIK

Terima panggilan kecemasan, lori terbalik di jalan bertam-koyan, bhampiran dam dan jambatan panjang.. fikir sat.. jauhnyerrrr… sempadan dgn kawasan koyan dah tu..

Mangsa ‘mungkin’ satu.. mgkin jugak dua kan? Bila tanya mangsa sedar x? Jawapannya x tahu sbb mangsa tsepit dlm lori.. polis dan bomba telah dmaklumkan

1 jentera dari kk ringlet (ambulans), 1 ambulans bomba dari cameron highland, 1 jentera bomba dari cameron highland dan 1 jentera bomba dari lipis dgerakkan.. total 4 jentera dgerakkan pada jam 9.30 malam..

TAK JUMPA KEMALANGAN PUN

Jauh perjalanan, sampai luar kawasan operasi dah kami prg kot2 pemanggil x bagi alamat yg betul k ape.. sampai lah jentera dari timur dan barat bertemu..mmang tidak kelihatan sebarang kemalangan sepanjang jalan..

11.15pm, pulang ke base masing2..

11.20pm, panggilan dari hospital maklumakn.. IPD sahkan itu adalah panggilan palsu..

Terima kasih sbb telah mcuri beberapa jam masa kami bsama keluarga utk mlayan panggilan palsu anda.. pernah ke korg fikir, brapa banyak kos yg perlu ditanggung bila kita keluarkan 4 jentera utk respon kes yg korg cipta tu.. dan brapa banyak hati yg sakit dsebabkan anda.. terima kash..!

…….

UPDATE

Aku update la sikit bawah nie..kot la ttibe ada org mngaku, “sy x buat panggilan palsu..mmang betul ada kemalangan td..korg yg x jumpe..makan gaji buta k?”

Kami dah gerak sejauh hampir 50km dari base..mlebihi dari kwasan operasi dan lebih dari kawasan yg dnyatakan oleh pemanggil.. mcm konvoi pulak..ambulans, bomba ngan towing bgerak skali..xde kesan ape2 kemalangan..

Sampai jumpa bomba dari lipis.. pun xde kesan ape2 kemalangan.. call pemanggil bkali2 utk sahkan balik lokasi dan dimana.. tp x dapat dhubungi..

X tahu la kot2 mangsa dah dbawa ke hosptal..lori dah kena tarik..kesan2 kemalangan dah dbersihkan..mana la tahu kn…. tp 9.25 terima panggilan, 9.30 ada d klinik utk bgerak k lokasi..cepatnya mreka bersihkn kwasan.. positif~~~~~~~~

Sumber: FB Nur Shahirah (LINK)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *