Lelaki Ini Dijangkiti HIV. Dia Berdiri Di Satu Kawasan Dan Meminta ‘SESUATU’ Dari Orang Ramai. Hasilnya…

silakan share

Dengan mengetahui hakikat yang perlu dialami pesakit AIDS tentang pandangan masyarakat dan pemikiran mereka yang menyangka ia boleh dijangkiti dengan cara dan fikiran yang salah, seorang lelaki yang dijangkiti HIV telah membuat keputusan untuk memberitahu dunia yang dia juga seorang mangsa.

 

Tetapi dengan cara yang luar dari kebiasaan.

Janne Antin dari Finland telah didiagnos dengan AIDS dan menyedari penyeksaan yang akan dialami oleh pesakit AIDS secara fizikal dan mental.

Atas sebab itu, Janne telah keluar di khalayak ramai dan meletakkan kadbod yang ditulis, “Saya Positif HIV, Sentuh Saya!”

Janne telah dengan berani berdiri di tepi jalan di Helsinki dengan tangannya yang terbuka dan melelapkan matanya di depan khalayak ramai yang melaluinya.

Ada yang berasa terkejut dan terdiam serta ada pula yang mahu melakukan sesuatu mengenainya.

Apabila telah lama berdiri di situ sambil melelapkan matanya, Janne mula merasa kurang selesa. Kemudian dia merasai sesuatu, ada seseorang yang datang menyentuhnya.

Tidak lama kemudian, seorang demi seorang dari pelbagai golongan dan kehidupan, berjalan mendekatinya dan mula memberikan respon.

Seorang kanak-kanak berlari kepadanya dengan tangan terbuka dan memeluk Janne dengan erat. Seorang ibu dilihat memberi penjelasan kepada anaknya tentang apa yang dilakukan oleh Janne.

Seorang warga emas pula datang kepadanya untuk memberikan sokongan.

Seorang gadis muda memegang dan memeluk Janne. Kesemua mereka datang dan memberikan ucapan terima kasih kepada Janne dan kesemua mereka adalah orang yang tidak dikenalinya.

Janne masih berdiri di situ sambil menahan sebaknya.

Namun, dengan ramai yang datang memberikan sokongan dan pelukan kepadanya, akhirnya air matanya tidak dapat ditahan lagi olehnya dan Janne menangis di hadapan khalayak ramai di tepi jalan itu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mempercayai ramai penduduk di dunia yang berasa teragak-agak untuk menjalani ujian HIV.

Sekiranya mereka berani untuk menjalani ujian , mereka akan berasa takut untuk memberitahu orang lain tentang keputusan diagnos yang positif dan ada yang menafikan, lalu menolak untuk dirawat dan mengambil ubat anti retroviral.

Dengan rasa ketakutan akan disisihkan berulang kali, menyebabkan mereka akan berasa mahukan kasih sayang dan sentuhan yang lebih. Ini akan menyebabkan penyakit dan jangkitan ini akan merebak dengan lebih meluas lagi.

Janne meluah dan memohon kasih sayang dengan cara yang luarbiasa.

Janne bertemu dengan ramai orang yang baik hati serta sanggup memberikan kasih sayang dan sokongan mereka kepadanya.

Video hebat dan menyentuh hati Janne Antin telah mendapat perhatian jutaan penonton dan ia telah memberi kesedaran dan pendidikan kepada masyarakat yang masih tidak mengetahui secara mendalam tentang penyakit HIV dan AIDS.

Lihat video dibawah.

Kredit : Harianmetroni

silakan share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *