Gadis Ini Tunggu Pemilik Kereta Ini Selama 1 Jam Untuk Minta Maaf. Apa Yg Dia Dapat Buat Dia MENANGIS

silakan share

Sifat jujur adalah antara sifat yang disayangi Tuhan. Manusia yang jujur juga selalu beroleh keuntungan dan dipercayai ramai orang.

Hal ini bukan sekadar kata-kata, namun ia terbukti benar apabila baru-baru ini seorang pelajar kolej dari Yunan, China telah menerima biasiswa pengajian sebagai balasan kepada kejujurannya menunggu selama sejam di sebelah kereta yang dilanggar secara tidak sengaja, lapor World of Buzz.

Pada 2 September lalu, Zhang yang berusia 18 tahun baru saja selesai mendaftar di kolej dan menunggang basikal ke sebuah bank untuk mendepositkan wang poket miliknya. Semuanya kelihatan berjalan dengan lancar untuk semester pertamanya nanti.

Walau bagaimanapun, malang tidak berbau Zhang telah mencalarkan sebuah kereta mewah jenis Lexus ES 350 di tempat meletak kereta ketika dia sedang leka memandang ke arah papan tanda. Sungguhpun Zhang panik dengan apa yang berlaku, dia tidak bertindak untuk melarikan diri. Malah dia memutuskan untuk menunggu di situ sehingga pemilik kereta tersebut kembali. Alahai baiknyaaa!

Selepas hampir sejam menunggu di bawah panas matahari, pemilik kereta tersebut akhirnya memunculkan diri. Dengan beraninya Zhang berhadapan dengan lelaki tersebut dan berkata,

“Pakcik pemilik kereta ini ke? Saya minta maaf sangat. Saya tak sengaja tercalarkan kereta pakcik dengan basikal saya dan saya memang tunggu pakcik di sini.”

Pemilik kereta tersebut dikenali sebagai Zang (ya, sebutan nama hampir sama!), bekerja di sebuah firma hartanah telah menjumpai tiga garis calar pada pintu keretanya. Dia berkata,

“Saya pelik melihat seorang gadis sedang berdiri di tepi kereta saya. Dia nampak panik dan takut bila saya pertama kali melihatnya. Tapi bila saya tahu dia telah menunggu selama sejam di bawah panas matahari, saya tersentuh. Saya beritahunya, tiada ganti rugi yang perlu dia bayar.”

Sebaik saja mendengar kata-kata lelaki itu, Zhang menangis teresak-esak. Dengan peluh yang mengalir deras di dahi, dia menunduk pada pemilik kenderaan itu dan berterima kasih kerana tidak menyalahkannya atas apa yang berlaku.

Mereka kemudian berbual ringkas sehinggalah lelaki tersebut mengetahui bahawa Zhang berasal dari sebuah keluarga yang miskin dan yuran pendaftaran kolejnya yang bernilai 8,000Yuan (RM5,100) diperoleh dari pinjaman.

Kisah gadis jujur yang menyentuh hati ini akhirnya diketahui pengarah firma hartanah di tempat Zang bekerja. Kejujuran dan keberaniannya telah menarik perhatian lelaki tersebut.

“Kereta yang tercalar itu merupakan jenis Lexus, dan ia bernilai lebih kurang 700,000Yuan (RM446,300). Selepas diperiksa, kos untuk membaikinya berharga 2,000Yuan (RM1280).

“Walau bagaimanapun, keluarga gadis itu tidak berkemampuan dan ia menjadi sesuatu yang membebankan jikalau gadis berkenaan dipaksa membayarnya.

“Jadi, bukan saja kita tak patut menyuruhnya membayar wang ganti rugi tersebut, kita sepatutnya bantu gadis ini menamatkan pengajian kolejnya,” kata pengarah berkenaan.

Selain dari memberi biasiswa pengajian empat tahun kepada Zhang, gadis itu juga akan ditawarkan bekerja di syarikat tersebut sebaik dia selesai pengajiannya. Wah inilah berkatnya berlaku jujur dan ikhlas! Rezeki terus datang melimpah ruah.

Jarang-jarang dah sekarang nak jumpa orang jujur macam Zhang ni. Kalau ada pun sikit sangat. Semoga lebih ramai remaja yang mencontohi sikap baik gadis ini!

Kredit : Lobak Merah via SinarHariani

silakan share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *