Aku Budak Flat Yg Cemerlang n Dapat Kerja Bagus . Tapi Reaksi Keluarga Buat Aku TERPANA

silakan share

Ok, aku Alia umur 29 tahun, dah berkahwin dan ada 2 orang anak. Aku berasal dari keluarga yang susah. Tinggal di rumah flat kat Ampang berpuluh tahun lamanya. Ayah seorang pak guard , mak hanya surirumah sepenuh masa. Aku anak ke tiga dari 6 orang adik beradik.

 

Aku merupakan pelajar cemerlang sekolah dan berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke universiti. Cita2 aku besar…nak ubah nasib keluarga, nak bantu mak ayah keluar dari kemiskinan. Nak dapatkan kerja yang bagus. Tapi mak ayah semacam tak happy je dengan kejayaan aku. Bagi diorang pelajaran tu tak penting, asalkan kau dah habis SPM boleh terus kerja bantu family. Yes, itulah yang kakak2 aku buat. Lepas SPM kerja kilang dan masing2 berkahwin umur 19 tahun.

Untuk rekod..aku merupakan cucu pertama yang berjaya sampai ke U (dua2 belah mak dan ayah). So status aku sebagai pelajar U dipandang sepi oleh sepupu2 dan makcik pakcik aku. Aku diibaratkan tak setaraf dengan mereka…& bermula lah episod ‘dipinggirkan’ secara berperingkat. Huhuu. Oh ya..hampir terlupa, aku memang sejenis makhluk tak banyak cakap..tapi aku bukan sombong. Dengan sedara mara aku memang ok dan aku takkan lupa asal usul aku. (Hampir seluruh keluarga aku menetap di flat yang sama cuma berlainan blok). Ya..aku memang anak flat.

Ditakdirkan aku grad dengan cemerlang dan berjaya dapat kerja yang aku idam idamkan …Alhamdulillah. Aku mula rasa mak ayah bangga dengan aku sebab diorang asyik bercerita dengan sedara mara dan kawan2 pasal kerja aku ni. Fuhhh..aku pon tumpang kembang semangkuk hehee. Tapi rupa rupanya adik beradik aku yang lain mula menjauhkan diri. Bagi diorang aku ni berlagak pandai, berlagak kaya..boleh beli hati mak ayah dengan duit. Setiap barang atau makanan yang aku beli, sikit pon diorang tak usik. Sedih ! Ya, mungkin silap aku…kurang bercakap dan kurang mesra dengan adik beradik. Tapi salah ke menjadi seorang pendiam? Bukan aku tak peduli..tapi aku bukan jenis yang suka berborak kosong merapu meraban. Bercakap hanya bila perlu.

Kakak2 pon jarang balik rumah kalau aku ada. Diorang akan cuba mengelak bertembung dengan aku. Mak ayah serba salah…aku tahu. Banyak hati yang perlu dijaga. Ok..aku dengan rela hati keluar dari rumah, moment yang tak akan aku lupakan. Saat aku keluar, mak pulang balik duit aku rm2k ..”Ambik balik duit ni, kami masih boleh hidup lagi kat sini”. Aku salam cium mak..tapi aku nampak mata mak merah.

Setiap bulan aku tak lupa bagi mak duit dan beli barang2 dapur. Aku tau mak berat nak ambik . Aku tau mak jugak buat macam2 cerita nak cover semua tu supaya kakak2 aku tak terasa hati. Jujur..niat aku hanya nak berbakti kepada keluarga terutama mak ayah & bantu sekolahkan adik2 aku.

Aku kahwin umur 26 tahun. Suami aku seorang yang baik, kerja bagus dan dari keluarga yang agak kaya. Kitorang dikenalkan oleh housemate aku . Aku segan sebenarnya…walaupun kaya tapi keluarga mertua sangat merendah diri dan terima aku seadanya. Cuma aku terkilan dengan layanan dari sedara mara aku yang lain, diorang pandang acuh tak acuh je. Bagi diorang mudah..orang kaya tu semuanya tak bagus…semua berlagak. Huh!! Banyak sangat tengok drama ..tu la pasal.

Sampai sekarang…keluarga aku masih memandang sinis kat aku. Katanya aku ni berlagak dah taknak campur dengan sedara mara. Dah bermacam usaha aku buat…setiap kali ada kenduri aku mesti datang. Tapi memang kena tahan telinga je la..kena perli sana sini. Aku kesian kat suami aku yang tak bersalah tu. Dia cuba jugak nak adapt dgn orang sekeliling..tapi belum berjaya lagi. Kadang2 aku rasa menyesal pulak belajar tinggi2 dan kerja bagus2 tapi akhirnya disisihkan keluarga. Kalau tau ..aku kawin je dgn budak flat ni, memang confirm mak ayah suka.

Tapi siapa kita untuk menidakkan takdir Allah…rezeki, ajal maut semua sudah ketentuan. Sebagai anak aku akan buat yang sebaiknya untuk berbakti kat mak ayah. Cuma aku harap sangat adik beradik, sedara mara aku dapat terima aku seadanya dan bagi aku peluang untuk bersama2 dalam keluarga. Sekian… Alia- via IIUM via siakapkell

silakan share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *